Home Dunia Omar Abdel-Rahman yang dituduh letup WTC meninggal dunia

Omar Abdel-Rahman yang dituduh letup WTC meninggal dunia

Omar Abdel-Rahman

CAROLINA – Omar Abdel-Rahman yang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terlibat dalam konspirasi meletupkan World Trade Centre pada tahun 1993 dilaporkan meningga; dunia di penjara Carolina Utara.

Beliau yang berusia 78 tahun meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi (1440 GT) di pusat perubatan di penjara persekutuan itu kerana diabetes dan jangkitan pada arteri jantung.

Abdel-Rahman berada di penjara itu sejak 10 tahun lalu.

Anak lelaki Abdel-Rahman, Ammar berkata, keluarganya menerima panggailan telefon di Mesir daripada wakil Amerika Syarikat yang memaklumkan ayahnya telah meninggal dunia.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast