FLORIDA -SpaceX telah berjaya melancarkan roket Falcon 9 yang membawa sebuah kapal kargo ke Stesen Angkasa Antarabangsa selepas ditangguhkan Sabtu lalu berikutan masalah teknikal.
Pelancaran itu dibuat dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.
Pemacu roket berjaya mendarat di atas tanah selepas sembilan minit berlepas.
Pendaratan itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk kembalikan roket ke bumi supaya ia boleh digunakan semula.
Roket Dragon itu kini dalam perjalanan ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan dijangka tiba Rabu ini.
Pada 14 Januari lalu, SpaceX melancarkan Falcon 9 dari Pangkalan Udara di perairan California.
Ia adalah misi pertama oleh SpaceX sejak pad roket yang dilancarkan pada September tahun lalu meletup. – MalaysiaGazette