KUALA LUMPUR – Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam, mula tersebar di media sosial.
Video Kim Jong-nam, di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), disiarkan sebuah stesen televisyen asing, mulai tersebar malam tadi.
https://www.youtube.com/watch?v=nDK73j4gSlc
Video itu turut menyaksikan dua wanita yang ditahan iaitu wanita warga Vietnam dan Indonesia menghampiri mangsa sebelum menekap sesuatu ke muka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.
Jong-nam kemudian mendapatkan bantuan petugas di kaunter pertanyaan dan dua petugas polis bantuan klia2.
Beliau kemudian dibawa ke klinik untuk rawatan atau pemeriksaan.
Selepas itu, beliau dipercayai rebah sebelum diusung masuk ke dalam bilik rawatan.