Home Nasional Gangguan air di Shah Alam, PJ

Gangguan air di Shah Alam, PJ

Paip air utama pecah

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air utama pecah di belakang Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.

Kawasan-kawasan yang terlibat di Klang/ Shah Alam adalah Seksyen 21, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas Batu 3, Batu 3 Shah Alam, Bukit Kemuning, Bukit Naga, Kampung Lombong, Jalan Kebun, UEP & USJ Subang, Seksyen 32, Seksyen 33, Putra Heights, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Jawa, Bandar Putera, Taman Sentosa, Taman Maznah, Taman Samarind, Taman Batu 3, Taman Desa Latania, Taman Desa Kemuning dan Jalan Mohd Sidin.

Kawasan-kawasan yang terlibat di Petaling adalah USJ 1 hingga USJ 27, Pinggiran USJ 1 hingga Pinggiran USJ 3, TP 1 hingga TP 7 (Taman Perindustrian UEP), Subang Heights, USJ Heights, USJ 3A hingga USJ 3D, Putra Setia, Putra Harmoni dan Putra Avenue.

Kumpulan Pengurusan Air Selangor berkata, kerja-kerja pembaikan paip sedang giat dijalankan.

Jangka masa pemulihan tidak dapat ditentukan buat masa ini.

Bagaimanapun segala usaha sedang dilaksanakan untuk menyalurkan bekalan air alternatif ke kawasan yang terlibat.

Bekalan air bantuan sedang dihantar ke hospital dan pusat dialisis dengan lori tangki.

Maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini boleh dirujuk di www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar mySyabas atau ikuti Facebook Air Selangor atau Twitter air_selangor. – MalaysiaGazette