KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan temu bual dengan doktor yang merawat Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sumber SPRM memberitahu, pegawai penyiasat agensi pencegahan rasuah itu mengadakan temu bual dengan doktor berkenaan jam 3.30 petang tadi.
Sesi temu bual itu berlangsung di hospital doktor berkenaan berkidmat di Selangor.
Artikel berkaitan:
- Sidang Media SPRM Kes Sita RM170 Juta
- Ismail Sabri suspek dalam kes sitaan wang tunai RM170 juta
- Ismail Sabri masih cuti sakit, rakaman percakapan ditunda 13 Mac – Azam Baki
Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan SriAzam Baki memaklumkan prosesĀ rakaman percakapan Ismail Sabri ditunda pada minggu depan iaitu 13 Mac ini.
Katanya, kehadiran Ahli Parlimen Bera itu yang sepatutnya berlangsung hari ini tidak dapat dilaksanakan susulan faktor kesihatan.
Ismail Sabri dimasukkan ke hospital sehari sebelum media melaporkan penahanan empat pegawainya oleh SPRM yang membawa kepada penemuan wang tunai pelbagai mata wang antarabangsa bernilai RM170 juta. Turut dirampas dalam penggeledahan di premis yang dipercayai ‘safehouse’ adalah jongkong emas bernilai RM7 juta dan jam tangan mewah. – MalaysiaGazette