Dipetik dari Facebook Datin Norhayati Ab Malek

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali tidak kisah dikritik hanya kerana memberi hadiah kereta mewah kepada isterinya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang pemimpin Pas didakwa menunjukkan kemewahan luar biasa apabila didapati menghadiahkan isterinya sebuah kereta Audi Q7.

Dr. Mohd Khairuddin
Dr. Mohd Khairuddin

“Hendak memiliki apa dan hendak hadiahkan apa itu hak peribadi masing-masing sebagai manusia dalam ruang lingkup kemampuan kewangan masing-masing,” kata Khairuddin dipetik dalam laman portal berhubung perkara yang sama hari ini.

Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mendakwa pihak yang memainkan isu tersebut cubamengalihkan perhatian terhadap usaha Pas dalam mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) (RUU 355).

“Kecaman peribadi adalah modal ahli politik yang kehabisan modal. Himpunan RUU 355 membuahkan kejayaan besar sokongan umat Islam terhadap agenda bersama. Kejayaan ini menjadi fokus kami sekarang. Ada pihak cuba mengalihkan isu,” katanya.

Selepas kejayaan besar Pas menganjurkan Himpunan 355 di Padang Merbok Sabtu lalu, tular di media sosial pemimpin ulama parti itu menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya.

Berdasarkan status yang dimuat naik oleh Datin Norhayati Abd. Malek itu, suaminya telah memberinya kereta sebut untuk beliau bersiar-siar ke rumah rakan-rakannya di sekitar Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette