SEOUL – Tentera Korea Selatan mula menyebarkan berita kematian abang tiri pemimpin Korea Utara menerusi pembesar suara bagi memaklumkan perkara itu kepada orang awam di Korea Utara, kata para pegawai tentera.
Langkah tersebut bertujuan menyatakan kekejaman pemerintahan diktator di Pyongyang, yang mana Seoul percaya perancang utama pembunuhan Kim Jong-nam di klia2 pada 13 Februari lalu.
“Kami telah menyiarkannya menerusi 34 pembesar suara di sepanjang sempadan antara Korea bagi memaklumkan tentera dan orang awam Korea Utara bahawa pemimpin mereka Kim Jong-un di belakang pembunuhan abang tirinya, Kim Jong-nam,” kata seorang pegawai tentera kepada agensi berita, Yonhap.
Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il didakwa dibunuh oleh dua orang wanita di bawah arahan ejen Korea Utara. Jong-nam secara terbuka mengkritik penguasaan dinasti keluarganya di negara itu,
Penyiaran propaganda menggunakan pembesar suara dipasang berhampiran sempadan yang dikaal ketat merupakan cara Seoul menjalankan perang psikologi.
Past broadcasts highlighted the South’s economic achievements and the benefits of liberal democracy, and brought attention to the importance of human rights — a reason why Pyongyang called them a “threat” to its communist system.
Penyiaran lalu adalah mengenai pencapaian ekonomi Korea Selatan dan manfaat demokrasi liberal dan pentingnya hak asasi manusia, yang mana Pyongyang menyifatkannya sebagai ‘ancaman’ kepada sistem komunis negara itu.