Anggota Bulan Sabit Merah mengangkat mayat-mayat pendatang asing yang ditemui mati di perairan negara itu. Foto CNN

TRIPOLI – Mayat 27 orang pendatang telah ditemui di barat Libya dan 13 daripada mereka meninggal dunia akibat lemas di dalam kontena, menurut Persatuan Bulan Sabit Merah.

Mangsa-mangsa yang dijumpai mati iti dipercayai dikunci selama beberapa hari untuk di bawah ke pantai Khoms sebelum menyeberangi Mediterranean untuk ke Eropah.

Lima puluh enam pendatang diselamatkan dari dalam kontena dengan beberapa orang cedera parah kerana mengalami patah anggota badan.

Sebanyak 14 lagi mayat ditemui di laut berhampiran pantai Zuwara, barat Tripoli, pada hari Khamis manakala ada 124 pendatang diselamatkan di kawasan itu, kata jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah.

Libya telah menjadi pintu masuk utama untuk pendatang ke Eropah.

Sejumlah 181,000 orang pendatang tiba di Itali di sepanjang laluan itu tahun lepas.

Di Libya, penyeludup migran beroperasi dengan sewenang-wenangnya dan pendatang adalah tertakluk kepada pelbagai penyelewengan, termasuk dirogol, penyeksaan dan buruh paksa.

Awal minggu ini sebanyak 74 orang ditemui di pantai berhampiran Zawiya, di barat Tripoli. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast