Foto Sinar FM

KUALA LUMPUR – Pelakon Sari Yanti, 33, dan pelawak kumpulan Sepahtu, 32, menamatkan spekulasi hubungan cinta mereka selama ini apabila selamat bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di Petaling Jaya pagi tadi.

Majlis pernikahan pasangan teruna dan ibu tunggal itu diadakan secara tertutup biarpun pihak media mula menghidu berita tersebut sejak petang semalam.

Pihak media yang hadir bagaimanapun dilarang masuk pada majilis dihadiri kira kira 250 tetamu.

Spekulasi percintaan Sari dan Jep heboh diperkatakan sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di laman Instagram.

Baru-baru, kisah cinta mereka menjadi panas apabila Sari Yanti secara spontan menulis dengan komen ‘Handsomenya’ dan ‘I Love You’ di Instagram ketika Jep membuat persembahan secara langsung.

Sari Yanti merupakan ibu tunggal kepada dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon jelita yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu.

Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.

  • MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast