MILAN – Kekosongan jawatan Pengurus Leicester City kini menjadi tumpuan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Claudio Ranieri dipecat semalam.
Bekas Pengurus Manchester City, Roberto Mancini dikaitkan segera untuk mengisi kekosongan itu.
Bagaimanapun, laporan Sky Sports memberitahu bahawa Roberto Mancini tidak berhasrat untuk membincangkan bersama the Foxes untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ranieri.
Sumber SkySports di Itali berkata, Mancini yang dipecat Inter Milan musim lalu tidak mempunyai niat untuk mengendalikan the Foxes.
Difahamkan Mancini cuba dipujuk wakil juara EPL musim lalu itu yang kini berada di bahaya penyingkiran.
Ranieri dipecat Khamis lalu dan sedang memburu calon paling sesuai untuk menggantikannya.
Ranieri dipecat sembilan bulan selepas menjulang piala EPL bersama the Foxes di Power Stadium musim lalu.
Craig Shakespeare yang merupakan bekas penolong pengurus Ranieri dilantik sebagai pengendali sementara the Foxes yang akan menerima kunjungan Liverpool dalam aksi EPL malam ini.
Mancini yang terkejut dengan berita pemecatan Ranieri berkata:” saya sedih dengan nasib Raneiri. Dia akan menempah nama dalam sejarah kelab itu.
Mancini, 52, yang membantu Manchester City menjulang piala EPL selepas 46 tahun pada tahun 2012 kini tidak terlibat dalam sebarang kejurulatihan sejak dipecat Inter Milan.- MalaysiaGazette