Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa di Stadium Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2017.

KAJANG – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak bersedia untuk mendedahkan identiti seorang menteri Kabinet yang didakwa mahu berundur dari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor mengakui beliau mengenali anggota Kabinet kerajaan Pusat yang mahu berunduritu tetapi tidak sanggup mendedahkannya.

Dakwa beliau, situasi dan keadaan tidak mengizinkan identiti menteri itu didedahkan kepada umum

“Saya tidak akan menamakan menteri berkenaan sebab u kena faham keadaan negara kita tekanan terlalu kuat.

“Tetapi saya kira saya sudah dapat mencapai objektif kerana apabila disoal, PM sudah panik.

“Jika tiada begitu (menteri nak berundur) takkan dia melatah. Kalau tidak ada angin maka tidak ada pokok yang akan bergoyang, itu pepatah melayu,” katanya ketika ditanya pemberita di sini.

Beliau hadir melancarkan Program Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa Daerah Hulu Langat 2017 di Stadium Kajang pagi ini.

Turut bersama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Ir.Iskandar Abdul Samad.

Ditanya adakah isu itu akan menggugat kestabilan Barisan Nasional (BN), Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata, sekiranya terdapat menteri Kabinet yang hilang kepercayaan kepada Najib adalah tidak wajar pembangkang dipersalahkan.

“Jika ada dalam kalangan menteri Kabinet hilang percaya denganPM, kenapa hendak tuduh kami.

“Sekiranya terdapat menteri Kabinet yang berperasaan sama, ini bererti yang kita sangkakan sebelum ini mempunyai asas yang kukuh.

“Saya rasa ramai dalam kalangan pemimpin BN mengetahui keperluannya untuk melakukan perubahan, mungkin mereka ada cara tersendiri membawa perubahan dalam pengurusan negara,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Azmin menafikan ada rundingan pembahagian kerusi pembangkang tanpa Pas pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU140 hari ini.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, tidak ada sebarang perbincangan sedemikian.

“Perbincangan pengagihan kerusi? Di Selangor? Tidak ada, maklumat Jamal tu, ” ringkas beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast