WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merancang untuk menghantar kapal angkasa robotik ke matahari pada tahun depan.
Kapal angkasa tersebut akan merentasi perjalanan sejauh enam juta kilometer untuk sampai ke bintang yang terbakar itu.
“Ia merupakan misi pertama untuk terbang ke matahari,” kata penyelidik sains NASA di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Eric Christian.
“Kapal angkasa robotik itu dilengkapi dengan tiub haba khas, dikenali radiator termal, yang akan memancarkan haba daripada perisai haba ke ruang terbuka.
“Oleh itu ia (haba) tidak pergi kepada peralatan yang sensitif kepada haba,” tambah Christian.
“Kami tidak dapat pergi ke permukaan matahari,” namun misi itu akan memberi jawapan dengan lebih tepat terhadap tiga soalan utama, kata Christian.
Pertama, misi tersebut diharap dapat mendedahkan mengapa permukaan matahari, photosphere, tidak sepanas atmosferanya, corona.
Menurut NASA, suhu permukaan matahari ialah kira-kira 5,500 darjah Selsius. Bagaimanapun, suhu atmosferanya adalah 2,000,000 darjah Selsius.
“Anda mungkin berfikir lebih jauh anda berada daripada sumber haba, anda akan berasa lebih sejuk. Mengapa atmosferanya lebih panas daripada pemukaan matahari adalah satu persoalan besar,” tambah Christian.
Sainstis itu juga mahu mengerahui bagaimana angin solar mendapat kelajuannya, lapor Live Science.
“Matahari meniup aliran zarah bercaj dalam semua arah pada kelajuan sejuta batu sejam. Tetapi kami tidak faham bagaimana ia mendapat kelajuan itu,” katanya.
Misi itu juga mungkin dapat memastikan mengapa matahari kadang kala menghasilkan zarah bertenaga tinggi yang berbahaya kepada angkasawan dan kapal angkasa.
NASA telah mereka pelindung komposit berukuran 11.4 sentimeter, yang direka untUk menahan suhu 1,370 DARJAH Selsius di luar kapal angkasa.