Perkarangan luar Kompleks Mahkamah Sepang dikawal rapi ketika pendakwaan membunuh Kang Chol dibuat terhadap Siti Aisyah dan Doan Thi Huang.

SEPANG – Dua wanita yang ditahan berhubung kematian seorang lelaki warga Korea Utara telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen dekat sini pagi ini.

Doan Thi Huong dan Siti Aisyah didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, telah meneruskan niat membunuh Kim Chol pada 13 Februari lalu, lebih kurang pukul 9 pagi di balai berlepas klia2, Sepang.

Kim Chol adalah pemegang pasport Korea Utara bernombor 836410070

Kedua-dua wanita terbabit didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman apabila disabitkan hendaklah diseksa dengan bunuh.

Suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam dibawa keluar dari mahkamah oleh sepasukan anggota polis selepas dituduh berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017
Suspek wanita Doan Thi Huong, 29 berasal dari Vietnam dibawa keluar dari mahkamah oleh sepasukan anggota polis selepas dituduh berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan Kim Chol di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MAC 2017

Siti Aisyah hanya diam dan mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan di hadapan beliau.

Doan juga mengangguk dan berkata: “Saya tidak membunuh”.

Suspek wanita Siti Aishah, 25 berasal dari Indonesia dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai dibicara berkenaan kes pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017
Suspek wanita Siti Aishah, 25 berasal dari Indonesia dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai dibicara berkenaan kes pembunuhan Kim Chol di Kompleks Mahkamah Sepang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017

Pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Harith Sham Mohamed Yasin yang bertindak sebagai majistret.

Manakala pendakwan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad bersama Mustafa P. Kunyalam, Mohd Fairul Johari.

Siti Aisyah pula diwakili peguam Gooi Soon Eng dan S. Selvam pula mewakili Doan Thi Huong.

Kertas pertuduhan kedua-dua saspek dibacakan secara berasingan.

Doan Thi Huong dan Siti Aisyah masing-masing berasal dari Indonesia dan Malaysia akan dihantar ke Penjara Kajang.

Majistret menetapkan 13 April ini sebagai tarikh sebutan kes.

Wakil kedutaan Indonesia dan Vietnam turut hadir di mahkamah itu pagi ini bagi menyaksikan pendakwaan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast