Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenalpasti.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan anggota Parlimen daripada UMNO.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa, parti itu telah menyiapkan kajian pembahagian kerusi pilihan raya yang komprehensif.

Ia menggunakan kaedah penelitian yang rapi, berdasarkan data pilihan raya dan analisis sentimen terkini.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, hasil kajian juga telah tersedia untuk dibincangkan dalam perundingan pembahagian kerusi dengan Pakatan harapan (PH).

“Memang kita memerlukan sedikit masa lagi untuk pucuk pimpinan komponen PH dan PPBM berbincang serta memutuskan prinsip asas pembahagian kerusi sebelum dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kecil Perundingan Pembahagian Kerusi dan Jawatankuasa Teknikal PPBM-PH,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau menjawab kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang dilaporkan berkata, PH gagal memuktamadkan soal pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berikutan ketiadaan wakil dari PPBM.

Kegagalan PPBM hadir pada mesyuarat di Wisma Parti Amanah Negara (PAN) di Kuala Lumpur semalam, dikatakan belum memuktamadkan jumlah kerusi yangn hendak ditandingi.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, Mukhriz berkata, pihaknya telah mencadangkan supaya mesyuarat itu ditangguhkan dahulu sehingga pertemuan pucuk pimpinan empat parti komponen PH diadakan.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa itu meneruskan perbincangan tanpa kehadiran wakil PPBM dan mendakwa, perkara itu telah dimaklumkan kepadanya.

“Susulan daripada itu, kita telah mencadangkan supaya pucuk pimpinan PPBM dan PH bertemu segera untuk membincangkan prinsip asas pembahagian kerusi bagi membolehkan perbincangan selanjutnya di peringkat jawatankuasa perundingan dapat berjalan lancar.

“Saya dimaklumkan, Sekretariat PH sedang mengatur pertemuan ini dan akan diadakan dalam masa terdekat,” ujar beliau. – MalaysiaGazette