Para perwakilan mendengar ucapan dasar presiden pada Konvensyen Parti Amanah Negara 2016 di SACC Mall, Shah Alam. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 10 DISEMBER 2016.

KUALA LUMPUR – Pas tidak menaruh keyakinan mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) akan menyelesaikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali membuat dakwaan sedemikian berdasarkan pengalaman mereka Pakatan Rakyat sebelum ini dimana ia bukan suatu yang mudah untuk berunding dengan PKR dan DAP yang sangat bertegas mempertahankan kuota kerusi mereka.

“Pertama sekali PPBM ini memang dia nak mengharap kerusi daripada Pas, sebab DAP dan PKR akan pertahankan kuota kerusi dia, tidak mudah.

“Pengalaman kita dalam Pakatan Rakyat, dua parti ini sangat tegas dalam bab kerusi mereka punya. Jadi tinggal lagi kerusi nak ‘difaraidkan’ kerusi Pas dan PAN pun nak bertanding semua kerusi Pas,” kata Khairuddin kepada MalaysiaGazette.

Khairuddin mengulas berhubung mesyuarat Pakatan Harapan baru-baru ini yang berlangsung tanpa wakil PPBM disebabkan mereka masih cuba berunding dengan Pas secara harmoni.

“PPBM pun nak kerusi Pas juga tapi dengan cara harmoni, dengan cara bincang jadi dia terpaksa bincang dengan Pas tapi bagi Pas, kita akan terus dengan agenda kita,” kata Khairuddin yang mengatakan Pas tidak perlu lagi melayan usaha memujuk PPBM.

Berhubung pertembungan tiga penjuru, Khairuddin berkata perkara bukan lagi fantasi malah sebaliknya realiti yang bakal berlaku dalam pilihan raya nanti.

“Sebab semua akan bertanding di kerusi Pas, siapa yang bertanding kerusi itu mereka yang pengacau menimbulkan tiga penjuru.

“Jadi tiga penjuru ini bukan lagi fantasi itu realiti. Ia bertujuan mewajarkan kewujudan PAN, kalau tak di mana PAN nak bertanding dan tak wujud lah PAN,” katanya.

Khairuddin menyalahkan PAN atau mana-mana parti yang bertanding di kerusi Pas sebagai punca utama kepada pertembungan tersebut.

“Jadi PAN penyebab tiga penjuru kalau sekiranya berlaku sebarang pertembungan dengan UMNO hingga UMNO menang. Ia salah PAN, mereka jadi puncanya, kalau ikut politik,” katanya.

Parti dalam Pakatan yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAN baru-baru ini mengadakan mesyuarat pusingan pertama pembahagian kerusi tanpa wakil PPBM walaupun pada awalnya dijemput untuk duduk berbincang bersama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast