Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA – Berkuatkuasa Isnin ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia dikenakan visa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

“Diharap langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen demi keselamatan negara,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN di sini hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast