KUALA LUMPUR – Malaysia dengan tegas menolak tanggapan bahawa negara ini tidak mematuh sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas Korea Selatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian Luar menegaskan negara itu memandang serius laporan media baru-baru ini yang mengusulkan Malaysia tidak mematuhi sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan yang sama memetik draf laporan Majlis Keselamatan PBB yang menyebut Republik Korea Utara melakukan tindakan melangkaui sekatan-sekatan antarabangsa menerusi suatu rangkaian syarikat-syarikat di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Kementerian Luar Negeri berkata,  Malaysia amat menghargai tugas penting Jawatankuasa Sekatan Majlis Keselamatan PBB mengenai Korea Utara yang ditubuhkan menerusi Resolusi 1718 (2006) dan Panel Pakar Majlis Keselamatan PBB yang ditubuhkan menerusi Resolusi 1874 (2009) dengan memastikan pelaksanaan penuh semua resolusi yang berkaitan.

Malaysia telah pun memberi maklum balas terhadap perosalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pihak Panel Pakar dan akan bekerjasama penuh dengan badan-badan ini sebagaimana yang telah dilakukannya pada masa-masa lalu. – MalaysiaGazette