Daimler panggil semula 75,000 buah pelbagai modelnya akibat masalah fius. foto Agensi

UNITED KINGDON – Daimler membuat panggilan semula kira-kira 75,000 kereta Mercedez-Benz di sini kerana risiko kebakaran.

Ia adalah sebahagian daripada kira-kira satu juta kereta syarikat itu yang ditarik balik di seluruh dunia selepas laporan 51 kes kebakaran.

Tiada kematian atau kecederaan telah direkodkan, kata firma itu.

Daimler berkata, kesan kesilapan pada fius itu didapati berlaku dalam kenderaan kelas A, B, C dan E, termasuk CLA, GLA dan GLC.

Kesilapan pada fius itu telah menyebabkan ia mengalami panas melampau ketika enjin dihidupkkan.

Syarikat pengeluar kereta Jerman itu bekata, pembaikan telah dilakukan bagi pengeluaran kereta baharu dan mana-mana kereta yang dikeluarkan tetapi belum diperbaiki, masalah tersebut akan diselesaikan sebelum kereta dijual.

Lebih daripada 300,000 kereta yang terlibat dijual di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast