NEW YORK – Bintang pop era 90-an, Tommy Page meninggal dunia kediamannya di sini hari ini
Berita itu dimaklumkan oleh Pengarah Editorial Billboard.com, Denise Warner yang memberitahu Page, 46, ditemui mati selepas dipercayai membunuh diri.
Presiden Kumpulan Billboard Entertainment, John Amato pula berkata, pihaknya bersedih di atas kehilangan seorang sahabat dan rakan sekerja seperti Page.
Page adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat rakaman, penerbit majalah Billboard, naib presiden di Pandora dan seorang eksekutif di Village Voice.
Lulusan Stern School of Business, Universiti New York itu pernah menjadi eksekutif di Warner Bros Records.
Dia pernah membentuk kerjaya artis termasuk Michael Buble, Alanis Morissette, Josh Groban dan Green Day.
Page juga pernah menjadi Naib Presiden Kanan di Cumulus Media Inc.
Dia memulakan kerjaya muzik sebagai artis di Sire Records dan mengungguli carta Billboard Hot 100 menerusi lagu I’ll Be Your Everything pada April 1990.
Page meninggalkan pasangannya Charlie dan tiga anak mereka.
Sementara itu, penyanyi tempatan Amy Mastura pernah merakamkan lagu duet berjudul The Best Part bersama bintang Amerika Syarikat itu.
Lagu berkenaan, yang dirakamkan secara berasingan oleh kedua-dua penyanyi terbabit, popular sekitar tahun 1995. – MalaysiaGazette