KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih dalam ekuiti-ekuiti tempatan selama empat minggu meskipun jumlahnya berkurangan.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, pelabur asing membeli sejumlah RM121.1 juta pada minggu berakhir 3 Mac lalu berbanding RM198 juta pada minggu sebelumnya.

Firma penganalisis itu berkata, Februari adalah bulan lebihan bagi pelabur asing yang memiliki RM955.5 juta, dua kali ganda daripada aliran masuk bersih RM418.8 juta pada bulan Januari.

Bulan Mac bermula dengan baik apabila agregat aliran masuk asing bersih untuk tiga hari pertama berjumlah RM49.5 juta.

Pelabur asing membuat belian ketara pada hari Khamis dengan aliran masuk bersih melebihi RM200 juta, buat kali ketiga pada tahun ini.

Berbanding, Thailand dan Filipina yang menyaksikan aliran keluar bersih pelabur asing pada minggu lalu.

“Pedagang-pedagang asing kini aktif dengan kadar penyertaan melonjak sebanyak 46 peratus kepada RM1.2 bilion minggu lalu.

“Ini merupakan kali kedua volum purata dagangan harian asing (ADTV) mencecah RM1 bilion,” kata MIDF Research sambil menambah penyertaan runcit adalah tinggi dan ADTV itu adalah tertinggi setakat tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.