Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencuba sendiri permainan pada pelancaran pertandingan 'Mobile Gaming' di Hotel Westin, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Ke arah melonjakkan lagi industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini, Celcom melancarkan kejohanan permainan mudah alih terbesar di negara ini yang dikenali sebagai Celcom Game Hero.

Kejohanan anjuran Celcom dengan kerjasama Techninier Sdn Bhd itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Keruakdi sini hari ini.

 

“Tidak dapat dinafikan bahawa dunia kini terarah kepada kemajuan ICT melibatkan golongan muda. Permainan kompetetif seperti ini tidak terkecuali untuk dikuasai oleh golongan muda.

“Di peringkat global, pasaran e-sport (sukan elektronik) dianggarkan melebihi USD1 bilion tahun ini, yang merupakan satu bukti kepada kepentingan industri ini,” katanya ketika merasmikan ‘Celcom Hero Game’ di ibu negara hari ini.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Techninier Sdn. BHD, Datuk Lion Pejabat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berucap pada pelancaran pertandingan 'Mobile Gaming' di Hotel Westin, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2017
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berucap pada pelancaran pertandingan ‘Mobile Gaming’ di Hotel Westin, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2017

Celcom Game Hero adalah satu aplikasi kolaborasi antara Celcom Axiata dan Techninier Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang arif tentang permainan telefon mudah alih.

Celcom Game Hero menjanjikan wang tunai sehingga RM1 juta kepada sesiapa sahaja berjaya menjadi juara dalam semua permainan yang ditawarkan.

Kerajaan mensasarkan ekonomi digital yang dipacu oleh sektor ICT  menyumbang kira-kira 20 peratus kepada Keluaran Kasar Domestik (KDNK) pada tahun 2020.

Ia seiring dengan wawasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Malaysia memberi tumpuan kepada pengembangan ekonomi digital di negara ini.

Malah dalam pada itu, industri ICT di negara yang semakin berkembang akan menjadi Malaysia sebuah hab digital global yang menjadi keutamaan dalam Bajet 2017.

Pada Ogos tahun lalu, sekumpulan atlet sukan elektronik dari Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi pertandingan video game popular Dota 2 sekaligus meraih hadiah wang tunai berjumlah RM5.6 juta. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.