Isco menghampiri penghijrahan ke Manchester City pada akhir musim ini. - Foto the Sun

ENGLAND – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yakin dapat menurunkan bintang Real Madrid, Isco pada akhir musim ini.

Laporan mendakwa Manchester City semakin menghampiri untuk memuktamadkan bidaan untuk Isco yang bernilai £30 juta.

Isco turut menjadi tumpuan Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan kelab gergasi Serie A, Juventus.

Kontrak Isco, 24, bersama juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu akan berakhir pada tahun depan.

Dia masih belum ditawarkan kontrak baharu dan hampir pasti untuk meninggalkan Bernabeu.

Bintang kelahiran Sepanyol itu hampir berhijrah ke Man City pada tahun 2013 tetapi memilih untuk meninggalkan Malaga untuk berhijrah ke Rea Madrid selepas dipujuk Zinedine Zidane.

Guardiola dilihat bakal merombak pasukan utamanya pada akhir musim ini dan lebih berhasrat membawa masuk beberapa pemain muda ke stadium Etihad.

Isco dilihat sebagai pengganti jangka panjang untuk David Silva walaupun masih berbisa.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast