KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada bulan Januari 2017 meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan pada bulan Januari 2017 disokong oleh pertumbuhan positif dalam semua indeks – pembuatan (4.6 peratus), perlombongan (1.1 peratus) dan elektrik (1.1 peratus).

Jabatan Perangkaan dalam kenyatannya berkata, output sektor pembuatan meningkat sebanyak 4.6 peratus pada bulan Januari 2017 selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.3 peratus pada bulan Disember 2016.

Sub-sektor utama yang meningkat pada bulan Januari 2017 adalah produk peralatan elektrik dan elektronik (6.9 peratus); produk petroleum, kimia, getah dan plastik (2.3 peratus) dan makanan, minuman dan tembakau (6.8 peratus).

Output sektor Perlombongan meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 1.1 peratus pada bulan Januari 2017 selepas mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi 5.8 peratus pada bulan Disember 2016 dengan peningkatan dalam indeks gas asli sebanyak 5.3 peratus.

Bagaimanapun, indeks minyak mentah menurun sebanyak 2.3 peratus.

Output sektor elektrik meningkat sebanyak 1.1 peratus pada bulan Januari 2017 selepas mencatatkan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 6.1 peratus pada bulan Disember 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast