Datuk Seri Nancy Shukri.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan Social Outcome Fund sebanyak RM3 juta untuk kegunaan projek pengantaraan sosial bertujuan membantu komuniti terpinggir.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia, Datuk Mark Rozario berkata, dana SOF itu akan digunakan untuk membiayai pelbagai projek pengantaraan sosial.

Menurut beliau, dengan pelancaran SOF, organisasi berpotensi tinggi sosial yang menjalankan program pengantaraan akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menerima dana.

Menurut beliau, dana itu diagihkan kepada organisasi sosial selepas AIM meneliti cadangan dan potensi faedah yang bakal dinikmati oleh golongan sasaran itu dengan pelabur swasta yang berminat.

“Pelaburan yang dibuat oleh pelabur korporat kepada dana mungkin berhak kepada bayaran balik, jika hasil daripada pelaburan mereka sekurang-kurangnya 1.5 kali nilai, dari segi penjimatan kos untuk kerajaan.

“Jadi dengan adanya dana ini, syarikat swasta akan mendapat balik pelaburan dan kemudian digunakan sebagai pusingan bagi aktiviti sosial seterusnya.

“Pendekatan ini akan menggalakkan entiti swasta dan yayasan untuk melabur dalam penyampaian,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran SOF di sini hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Syukri.

Bercakap selepas pelancaran itu, Nancy berkata, SOF adalah lanjutan daripada usaha kerajaan untuk melaksanakan program dan perkhidmatan berimpak tinggi kepada orang ramai kos rendah dan boleh cepat dijalankan.

Rozario berkata, AIM telah mengenal pasti 40 isu-isu sosial yang melibatkan tujuh kategori isu yang menjadi keutamaan.

Isu-isu itu termasuk keganasan wanita, kanak-kanak, penglibatan jenayah, pekerjaan, kualiti pendidikan dan kesihatan. – MalaysiaGazette