Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana pihak dalam pertemuan antaranya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.

SinarHarian Online melaporkan Nazri sebagai berkata, sama ada terdapat sokongan atau tidak beliau akan tetap bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.

“Sama ada terdapat sokongan atau tidak, walaupun saya secara berseorangan, saya akan lakukannya. Saya tidak mewakili mana-mana pihak.

“Negara ini mengamalkan demokrasi dan saya antara yang mempromosikan demokrasi itu,” katanya ketika ditemui pada lobi Parlimen, hari ini.

BACA: UMNO tidak cadang hadir debat Nazri-Tun M

Debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan pada 25 Mac ini bermula jam 3.00 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Padang Rengas.

Katanya, persetujuan itu juga dilihat sedikit sebanyak mampu membantu sektor pelancongan di kawasan berlangsungnya debat tersebut di kawasan Parlimennya di Padang Rengas.

“Tidak akan ada yang datang ke majlis tersebut jika saya tidak menerima cabaran tersebut.

“Sudah tentu mereka yang mahu saksikan debat ini akan bermalam dan ia akan membantu sektor pelancongan di kawasan tersebut,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast