LONDON – Hukuman berat menanti pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo selepas memijak perancang utama Chelsea, Eden Hazard, pada aksi suku akhir Piala FA, awal pagi kelmarin.

Persatuan Bola Sepak (FA) England dijangka mengambil tindakan terhadap pemain berusia 26 tahun dari Argentina itu menerusi rakaman video perlawanan yang menunjukkan dia memijak dada Hazard pada babak kedua.

Pada perlawanan tersebut The Blues menang 1-0 bagi menyingkirkan juara bertahan itu.

Sebelum itu, United terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Ander Herrera dibuang padang pada babak pertama kerana mengasari Hazard.

Bekas kapten England, Alan Shearer bersetuju Rojo dibuang padang.

“Memang jelas insiden dia pijak dan sepatutnya dibuang padang,” kata Shearer yang menjadi pengulas kepada BBC pada perlawanan itu.

Bekas pemain England dan United, Phil Neville berpendapat Rojo berkemungkinan berdepan hukuman yang sama seperti dikenakan ke atas pertahanan Bournemouth, Tyrone Mings yang memijak penyerang The Red Devils, Zlatan Ibrahimovic dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal bulan ini.

Susulan kekasaran itu, Mings digantung lima perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast