Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bersama ahli-ahlinya selepas membuat laporan kepada SPRM terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Shah Alam pagi tadi.

SHAH ALAM – Bagi membuktikan keseriusannya hari ini Datuk Seri Jamal Md. Yunos membuat laporan khas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Teresa Kok.

Laporan itu ada kaitan dengan pendedahannya mengenai salah guna Dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan penafian Ahli Parlimen Seputeh itu baru-baru ini.

“Kenyataan media yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seputeh yang lalu, kononnya kami ini menyebarkan fitnah dan cuba untuk menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai wakil rakyat namun hari ini kami hadir sekali lagi ke Pejabat SPRM untuk membuat laporan khas dan membuktikan kami ini bukanlah kaki fitnah atau pembohong seperti yang dinyatakan,” ujar Jamal di sini hari ini.

Terdahulu, Jamal bersama kira-kira 50 penyokongnya hadir ke Pejabat SPRM Selangor di sini sambil membawa fail biru untuk diserahkan kepada SPRM.

Justeru, Pengerusi Gabungan NGO Selangor dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berharap SPRM dapat menjalankan siasatan terhadap Teresa kerana dipercayai terlibat dengan ada unsur ketidaktelusan, pecah amanah dan salahguna kuasa serta berlakunya rasuah melalui dana YAWAS.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast