Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud.

JAKARTA – Pedang Arab, jam tangan Rolex dan pen emas serta cincin berlian adalah antara hadiah yang diberikan kepada pegawai-pegawai Indonesia kepada rakan-rakan sejawat Arab Saudi semasa lawatan Raja Salman Abdulaziz Al Saud awal bulan ini.

Satu senarai hadiah telah diisytiharkan oleh pegawai-pegawai kerajaan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) semalam.

Jurucakap KPK, Febri Diansyah berkatanya, pihaknya tidak mengenal pasti penerima setiap hadiah tersebut tetapi berdasarkan penilaian yang awal, hadiah-hadiah tersebut bernilai lebih daripada 5 bilion rupiah (kira-kira RM1.6 juta).

Ia adalah adat bagi ketua-ketua negara untuk bertukar-tukar cenderahati atau hadiah semasa lawatan rasmi.

Minggu lalu, The Jakarta Post melaporkan Ketua Polis Negara, Tito Karnavian telah disampaikan dengan pedang emas oleh Duta Arab Saudi ke Indonesia, Osama Mohammed Abdullah Al Shuaibi sebelum ketibaan Raja Salman.

Walaupun Tito telah merancang untuk mempamerkan pedang itu di ibu pejabatnya, hadiah itu perlu diisytiharkan dengan sewajarnya kepada KPK.

Ini kerana undang-undang anti-rasuah Indonesia memerlukan semua pegawai kerajaan melaporkan apa-apa hadiah atau wang tunai yang diterima kepada KPK dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan.

Kementerian Luar Negeri, yang juga dilaporkan menerima pedang dari Arab Saudi semasa lawatan tersebut.

Raja Salman melawat Indonesia pada 1 Mac hingga 12 Mac bersama 1,500 pegawai pengiring.

Ia adalah lawatan monarki pertama ke Indonesia dalam tempoh 47 tahun.

Rombongan diraja itu juga bercuti di Bali dan meninggalkan kepulauan itu dengan 17 tan kargo termasuk enam kargo daripada pembelian barangan tempatan.

“Kami mengunjurkan kira-kira 300 bilion rupiah (kira-kira RM100 juta sepanjang percutian itu,” kata Ketua Agensi Pelancongan Bali, Anak Agung Gede Yuniartha.

Perbelanjaan itu termasuk bil bagi beratus-ratus bilik hotel, sewa 300 buah limousine, selain melawat lokasi pelancongan dan membeli-belah. – MalaysiaGazette