KUALA LUMPUR – Empat mati lemas manakala tiga lagi masih hilang selepas dibawa arus sungai Sekolah Kebangsaan Cina (SKC), Bukit Beruntung lewat petang tadi.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka terselamat.
Dua mangsa ditemui mati lemas petang tadi, manakala mayat dua lagi ditemui kira-kira pukul 10 malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan kanak-kanak yang terselamat itu bahawa dan dan rakan-rakannya yang lain telah pergi untuk melihat ikan di sungai SKC berhampiran kelab golf Bukit Beruntung.
“Kanak-kanak itu beritahu kami bahawa mereka berada di sana untuk melihat ikan di sungai itu sebelum tujuh daripada mereka dihanyutkan arus sungai itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Mohd Sani berkata dua mangsa telah ditemui dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Waris mangsa yang terlibat dalam kejadian itu telah dimaklumkan dan pihak bomba sedang mempergiatkan usaha mencari mangsa yang lain.
– BERNAMA