TOKYO – Harga minyak mentah global meningkat dalam dagangan hari ini selepas inventori minyak Amerika Syarikat susut berikutan kebimbangan lebihan bekalan.

Harga minyak Brent naik 0.14 peratus, pada AS$51.81 setong selepas sesi tutup jatuh AS$0.07 kepada AS$51.74. West Texas Intermediate mentah (WTI) pula meningkat AS$0.11 atau 0.23 peratus, kepada AS$48.86 setong.

Data rasmi inventori minyak mentah di Amerika Syarikat – negara pengguna tertinggi dunia, jatuh pada minggu lalu disebabkan import merosot, selepas kenaikan sembilan kali berturut-turut.

Stok penimbal mentah jatuh sebanyak 237,000 tong pada minggu berakhir 10 Mac lalu, menolak unjuran penganalisis kenaikan 3.7 juta tong.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih berterusan melahirkan kebimbangan tentang inventori global yang tinggi.

Namun, beliau menegaskan pasaran kini berada dalam haluan yang betul dan fundamental telah diperbaiki.

Jika inventori kekal tinggi, OPEC terpaksa melanjutkan pengurangan minyak,” kata al-Falih.

OPEC dan bukan OPEC termasuk Rusia telah mencapai perjanjian pada tahun lalu untuk mengurangkan pengeluaran sehingga 1.8 juta tong sehari apda separuh pertama tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast