Lapangan Terbang Dubai. foto Agensi

DUBAI – Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mendakwa telah melancarkan rangkaian WiFi terpantas di dunia dengan kelajuan 100Mbps, sekali gus melepasi para pesaingnya.

Penambahbaikan kemudahan itu dibuat penyelenggaraan besar-besaran untuk WiFi berkelajuan tinggi tanpa had yang dilaksanakan di Dubai International dan Dubai World Central akhir Disember lalu.

Perkhidmatan yang dipanggil WOW-Fi kini boleh dinikmati oleh 89 juta pelanggan di lapangan terbang itu.

Sementara itu, laporan oleh kumpulan pemerhati awam WiFi, Rotten WiFi yang memberi kedudukan rangkaian WiFi terbaik di lapangan terbang telah menamakan Amerika Syarikat dan Thailand sebagai peneraju dalam 20 lapangan terbang yang disenaraikan.

Dengan 42Mbps, Lapangan Terbang Bill dan Hillary di Arkansas berada di tempat pertama, diikuti oleh lapangan terbang Lennart Meri Tallinn di Estonia dengan 38Mbps.

Clocking in at 42Mbps, the Bill and Hillary Clinton National Airport in Arkansas topped the list followed by Estonian airport Lennart Meri Tallinn, at 38Mbps. – MalaysiaGazette