KUALA LUMPUR – Bulatan Kampung Pandan telah ditutup sejak semalam sehingga 15 April ini.

MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd berkata, penutupan itu bagi kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang di kawasan tersebut.

Penutupan itu akan memberi kesan di dua lokasi sekitar bulatan Kampung Pandan melibatkan jarak 100 meter di Jalan Tun Razak dan Jalan Kampung Pandan.

Di Jalan Tun Razak sebahagian lorong akan ditutup terus sepanjang tempoh tersebut.

Di Jalan Kampung Pandan penutupan akan dibuat secara berperingkat dari pukul 10 pagi hingga 4 petang dan 10 malam hingga 5 pagi.

Sehubungan itu, orang ramai diminta mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan sepanjang tempoh berkenaan.

Orang ramai boleh melayari laman web MRT di talian 1-8000-82-6868 untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast