Pep Guardiola mengakui tugas menguruskan pasukan Man City dalam EPL lebih sukar berbanding Barcelona dan Bayern Munich. Foto: The Sun

ENGLAND – Pep Guardiola mengakui menguruskan pasukan Manchester City terlalu sukar berbanding pasukan yang pernah dibimbing, Barcelona dan Bayern Munich.

Pengurus kelahiran Sepanyol yang masih dalam keadaan terkejut selepas skuad bimbingannya tersingkir dalam perhitungan ke Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah Selasa lalu.

Guardiola juga mengakui cabaran yang dihadapi di Manchester City dan mendakwa mungkin mengambil masa yang panjang untuk pasukannya mengecapi kejayaan dalam domestik dan di Eropah.

“Saya dapat membawa kejayaan dalam tempoh singkat bersama Barcelona dalam Liga Sepanyol dan Bundesliga bersama Bayern Munich.

“Tetapi di City ia mungkin memakan masa yang agak lama kerana saya dapat merasakan kesukaran untuk mengendalikan Man City, bukan seperti Barcelona dan Bayern Munich,” katanya.

Man City tersungkur di tangan AS Monaco dengan agregat 6-6 dari segi gol di tempat lawan.

Ditanya reaksi pemilik kelab itu Khaldoon Al Mubarak, pada Khamis lalu, Guardiola tidak kecewa.

“Sebagai pengurus pasukan bola, saya mempunyai lebih banyak kuasa, dan bagi saya ia satu cabaran yang perlu digalas.

‘Inilah kali pertama dalam karier saya sebagai Pengurus dapat merasakan , inilah masanya saya perlu lihat diri sebagai pengurus,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast