Pasukan keselamatan mengawal ketat lapangan terbang di Orly, Paris selepas kejadian lelaki menyerang seorang tentera wanita. foto AFP

PARIS – Pasukan keselamatan Perancis telah menembak mati seorang lelaki bersenjata kerana menyerang seorang askar wanita yang sedang meronda di lapangan terbang di selatan Orly.

Ziyed Ben Belgacem terbunuh selepas meletakkan pistol di kepala askar wanita itu dan memegang lehernya.

Suspek didakwa berkata beliau mahu mati kerana Allah.

Terdahulu pada hari Sabtu, lelaki yang berusia 39 tahun telah melepaskan menembak semasa keretanya di tahan di Garges-les-Gonesse, di utara Paris, lokasi beliau menginap.

Polis kemudian menemui kereta berkenaan di lapangan terbang selepas merampasnya daripada seorang wanita di kawasan Paris.

Beliau yang tiba di lapangan terbang itu cuba menyerang anggota tentara di terminal bahagian utara.

Bagaimanapun, dua tentera bertindak menembaknya.

Belgacem telah dilaporkan sebagai radikal dan namanya dalam senarai polis.

Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau termasuk terlibat dalam rompakan bersenjata dan dadah, kata pendakwa raya Paris, Francois Molins.

Belgacem dipercayai terpengaruh dengan radikal Islam semasa dalam tahanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast