Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak akan mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan Pas tahun ini yang akan diadakan bulan depan.

Ujarnya, keputusan itu diambil bagi memberikan laluan kepada kepimpinan Pemuda Pas yang lain untuk meneruskan perjuangan salah satu sayap utama parti itu.

“Saya sudah sebut dalam Parlimen tempoh hari, saya tidak pertahankan. Biarlah mereka yang lain bertanding.

“Saya sendiri rasa saya pun mahu berundur di peringkat Pemuda Pas. Peluang akan dibuka kepada calon lain yang layak.

“Saya yakin dengan pengunduran saya dan Ketua Pemuda sendiri, Pemuda PAS tidak akan ketandusan kepimpinan. Insya-Allah kita mempunyai ramai tokoh yang mampu meneruskan agenda yang diperjuangkan Pas,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Muhamamad Khailil Abdul Hadi yang memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas juga dilaporkan tidak akan bertanding jawatan itu.

Semalam, Nik Abduh gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas (TYDP) Kawasan Pengkalan Chepa yang ditandinginya dalam pemilihan parti itu hari ini.

Beliau sekadar mendapat 37 undi, manakala penyandang TYDP Pas Kawasan itu, Dr. Izani Husin yang dicabarnya mendapat 209 undi.

Kekalahan anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, sekali gus menunjukkan akar umbi tidak menerima kehadirannya.

Kerusi Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast