Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali enggan mengulas lanjut berkenaan debat antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mojamad dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz.

“Saya lebih suka memberi komen kepada perkara-perkara yang bermanfaat,” katanya ringkas ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Tok Him berpendapat, meskipun debat merupakan suatu perkara yang relevan untuk membincangkan sesuatu isu namun, ianya perlu dibuat pada waktu yang sesuai.

Berhubung debat antara Mahathir dan Nazri menurut Ibrahim, ia tidak relevan ketika ini berikutan isu atau perkara yang bakal diperdebatkan kelak sudah diketahui umum,

Ia berbeza dengan debat ketika musim pilihan raya umum, yang boleh memberi kesan kepada pemilihan pengundi, seperti diamalkan di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat.

“Saya percaya, apa yang mahu diperdebatkan tu pun, semua orang dah tahu kandungannya. Mereka ni mungkin sebab tiada kerja lain, dia (mereka) berdebatlah. 

“Sekiranya debat-debat dibuat ketika musim pilihan raya, itu okaylah. Buat masa ini, tidak relevan. Debat ini relevan, tapi kena pada waktunyalah. Masa paling sesuai ialah musim PRU,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menasihatkan Mahathir dan Nazri supaya membuat perkara-perkara yang lebih bermanfaat, berbanding perkara yang sia-sia seperti debat ini.

Debat antara Mahathir dan Nazri sebelum ini menjadi topik utama media tempatan selepas berlaku cabar-mencabar anatra kedua veteran politik itu.

Debat yang sepatutnya berlangsung pada 25 Mac depan di Padang Rengas akhirnya terpaksa ditunda pada 7 april akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast