Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Walaupun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menamakan individu ‘tok lebai’ yang dimaksudkannya dalam sindiran di akaun Twitter, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz nampaknya terasa.

IMG_1147Nik Abduh dalam akaun Facebooknya membalas komen itu dengan rasa bangga apabila komennya berhubung hasrat Pas untuk menawan Selangor mendapat perhatian Timbalan Presiden PKR.

“Wah, sinisan saya dapat komentar MB-lah. Jarang anak Melayu bertuah gini,” kata Nik Abduh dalam akaun Facebooknya disamping memuat naik gambar salinan skrin tulisan Mohamed Azmin hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin menyindir ‘tok lebai’ yang mempunyai hasrat untuk menawan Selangor tetapi tewas dalam pemilihan parti di kawasan sendiri dalam jawatan yang ditandinginya.

Terdahulu, anak tokoh Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Dr. Izani Husin dengan 207 undi.

Beberapa pengguna Facebook memberi banyak komen balas dengan kenyataan Nik Abduh, ada yang menyokong dan ada yang membidas beliau.

“Azmin Ali bayang-bayang ketakutan PRU-14 akan tumbang Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN). Insyaallah semoga Allah beri kemenangan Islam parti Pas,” kata Abdul Ghani dalam ruang komen kenyataan Nik Abduh.

Sementara itu, seorang individu dengan nama Zairul MJ membalas komen dengan berkata : “Azmin ni dah lama brsabar dengan Pas, sanggup membelakangkan parti untuk hubungan Pas.. Tapi biasalah Pas masih berdegil dan ingin skali bergaduh dengan sesiapa saja selain UMNO dan BN.”

Nik Abduh sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya bersetuju untuk PKR menerajui Selangor selepas pilihan raya umum ke-13 tetapi ia tidak akan sentiasa kekal.

Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan mentadbir Selangor pada PRU-14 selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast