SEOUL – Pelancaran peluru berpandu Korea Utara gagal, kata pegawai pertahanan Korea Selatan.
Bagaimanapun, tidak jelas jumlah peluru yang dibedil atau jenis senjata yang diuji.
Tentera Amerika Syarikat berkata, ia mengesan satu peluru yang meletup sejurus beberapa saat dilancarkan.
Korea Utara dilarang daripada melancarkan peluru berpandu atau ujian nuklear oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Walau bagaimanapun, negara itu telah menjalankan beberapa ujian dengan kerap.
Awal bulan ini, Utara melepaskan empat peluru berpandu sejauh 1,000 kilometer yang kemudiannya mendarat perairan Jepun.
Ujian peluru berpandu datang dari arah perairan timur di bandar Wonsan, dilihat sebagai maklum balas kepada latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Korea Utara melihat latihan itu sebagai persediaan serangan terhadapnya.
Korea Utara pula dipercayai sedang membangunkan peluru berpandu balistik antara benua yang boleh menyerang Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Korea Utara mendakwa telah berjaya menghasilkan kepala peledak nuklear bersaiz kecil yang boleh memuatkan peluru berpandu. – MalaysiaGazette