SYDNEY – Syarikat penerbangan Regional Express (Rex) membuat pendaratan cemas selepas juruterbang terpaksa menutup enjin.
Kes itu selepas seminggu kejadian kipas pesawat jatuh dalam pertengahan penerbangan.
Ketika kejadian, Regional Express (Rex) membawa 23 penumpang dalam penerbangan ke Sydney apabila lampu kokpittiba-tiba mengeluarkan amaran.
“Kami baharu sahaja meninggalkan Dubbo dan tiba-tiba ada bunyi kuat serta pesawat bergoyang
“Saya yang duduk di sebelah engin nampak asap keluar dan bunyi letupan.
“Pesawat bergegar dan enjin pesawat berhenti,” kata Tim Evans, seorang penumpang.
Juruterbang itu berjaya mendarat dengan selamat ke bandar Dubbo.
Kejadian itu sama seperti yang melanda pesawat Saab 340 model pada Jumaat lalu apabila seorang juruterbang menutup satu daripada dua enjin selepas “tanda-tanda yang tidak normal” sebelum kipas berhenti.
“Pada peringkat ini mungkin ada objek asing (seperti burung) atau kegagalan enjin,” kata Rex dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette