Polis menembak mati seorang individu yang cuba melakukan serangan di bangunan Parlimen Britain.

LONDON – Polis menembak mati penyerang yang melepaskan tembakan berhampiran Parlimen Britain.

Reuters melaporkan ekoran kejadian tersebut, Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan dan dikunci manakala sekurang-kurangnya empat orang bergelimpangan  dengan sebahagiannya mengalami pendarahan teruk.

Salah seorang ahli Parti Konservatif, David Lidington berkata, kompleks Parlimen terpaksa dikunci.

Menurut beliau, terdapat laporan yang mengatakan akan berlakunya insiden keganasan di sekitar kawasan tersebut dan polis berkata mereka menerima panggilan mengenai kejadian tembak berhampiran Jambatan Westminster.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast