Abdul Rahman Ahmad

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) merancang untuk menyenaraikan syarikat lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) di Bursa Malaysia pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, rancangan itu adalah usaha untuk meningkatkan nilai ekuiti syarikat lebuh raya tersebut.

Prolintas yang dimiliki PNB sepenuhnya kini mengendalikan tiga lebuh raya iaitu Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebu Raya Kemuning Shah Alam (LKSA).

Prolintas juga baharu sahaja membeli Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (SILK) sepanjang 37 kilometer.

Syarikat lebuh raya itu juga akan membina Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (Suke).

“Pada awalnya PNB merancang untuk menyenaraikan Prolintas pada tahun 2020 tetapi pembelian Lebuh Raya Silk telah mempercepatkan proses penyenaraian.

“Kami mensasarkan penyenaraian itu pada akhir tahun depan atau sekurang-kurangnya awal tahun 2019,” katanya pada taklimat Prestasi Tahunan PNB di sini.

Tambahnya, PNB tidak berhasrat untuk membeli lagi lebuh-lebuh raya di Malaysia selepas memiliki SILK. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast