BERLIN –  Kira-kira 2,000 kakitangan lapangan terbang di Jerman bersetuju perjanjian gaji untuk tempoh tiga tahun, sekali gus  menamatkan ancaman mogok.

Perjanjian yang dicapai itu membayangkan purata kenaikan 14 peratus dalam tempoh tiga tahun yang dibuat dalam empat peringkat –  peningkatan dalam gaji setiap jam dan penambahbaikan dalam kontrak pekerja, menurut Kesatuan Verdi dalam satu kenyataan.

Tawaran masih perlu diluluskan oleh ahli-ahli kesatuan.

“Kami terpaksa berkompromi dan ia kompromi yang menyakitkan demi mendapatkan hasil tetapi majikan mengakhirinya,” kata perunding Verdi, Enrico Ruemker dalam satu kenyataan.

Mogok tiga hari oleh kakitangan darat pada bulan ini menyebabkan pembatalan lebih 1,800 penerbangan.

Verdi telah menuntut kenaikan gaji kakitangan darat kepada 12 euro sejam (AS$12.76) daripada kira-kira 11 euro, sebagai perjanjian bersama setahun.

Pada awalnya, pihak pengurusan menawarkan 10 cent bagi lebih sejam untuk empat tahun yang kemudian meningkatkan tawaran kepada kenaikan 8.0 peratus bagi tiga tahun.

Kakitangan darat bertanggungjawab bagi tugas daftar masuk, pemunggahan pesawat dan mengurus arah pesawat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast