KUALA LUMPUR – Pengeluar minuman kesihatan dan penjagaan diri, syarikat Natural Life Jungle Product yang mengeluarkan produk jenama Raja Kayu menyasarkan perolehan jualan RM1 juta sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Raja Izzuwin Raja Izzuddin Iskandar Shah berkata, keyakinan itu bersandarkan perancangan aktiviti promosi yang agresif dan dilaksanakan terutamanya di platform media sosial melalui Facebook dan Instagram serta media konvensional.

Beliau berkata, syarikat jua akan beralih ke jualan atas talian (online) dalam usaha mengedarkan rangkaian lapan produknya secara meluas dan pantas.

“Kami juga akan memiliki website sendiri dalam usaha memudahkan pembeli membeli atau mendapat maklumat tentang produk.

“Syarikat turut merancang untuk mengadakan pelancaran semula produk secara besar-besaran pada hujung tahun ini dalam usaha meningkatkan penjenamaan produk Raja Kayu,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette baru-baru.

Turut hadir pengasas bersama Raja Kayu, Kold Cheang Boon.

DSC02428

Produk Raja Kayu telah berada di pasaran sejak 10 tahun lalu dan beroperasi di sebuah kilang di Ipoh, Perak.

Produk tersebut dihasilkan berasaskan pokok Raja Kayu yang memiliki khasiat tinggi dan banyak terdapat di Perak.

Mengulas lanjut, Tengku Izzuwin berkata, pihaknya begitu mementingkan produk dihasilkan agar benar-benar berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna.

Jelasnya, ia dibuktikan apabila kesemua produk syarikat menggunakan bahan organik semula jadi yang bebas daripada bahan kimia.

“Syarikat turut merancang untuk mengeksport beberapa produk Raja Kayu antaranya Raja Kayu Herbal Body Oil ke pasaran Indonesia dan Singapura.

“Ketika ini, kami memiliki seramai 10 ejen dan mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi ejen syarikat,” katanya.

Tengku Izzuwin juga berharap mana-mana tampil untuk bekerjasama dengan pihaknya dalam usaha menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas pokok Raja Kayu.

Sementara itu, orang ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk Raja Kayu boleh menghubungi talian hotline 017-597 9753. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast