LIMA – Pesawat Boeing milik Peruvian Airlines terbakar ketika mendarat di lapangan terbang berhampiran bandar Andean selepas terbabas dari landasan.

Kesemua 141 orang penumpang selamat.

Peruvian Airlines dalam satu kenyataan berkata, pesawat Boeing 737-300 terbabas di luar landasan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Ketika kejadian pesawat itu berada dalam jadual pendaratan terbabas ke kanan.

Menteri Dalam Negeri, Carlos Basombrio berkata, kebakaran bermula apabila sayap pesawat berkenaan menyeret landasan.

“Pesawat itu tidak boleh berhenti di landasan dan melakukan tindakan untuk menghentikannya dengan sayap hingga menyebabkan kebakaran,” Basombrio kepada pemberita di RPP, stesen tempatan.

Stesen televisyen menyiarkan imej yang memaparkan asap hitam daripada pesawat berkenaan. – MalaysiaGazette