Tentera Turki

ANKARA – Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mengumumkan, operasi Euphrates Shield yang dilancarkan tentera Turki di utara Syria ditamatkan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Mulai dari sekarang sebarang tindakan terhadap Islamic State (IS) atau sebarang ancaman terhadap keselamatan kita, ia adalah operasi baharu,” kata Yildirim dalam satu temuramah dengan televisyen swasta NTV.

Ditanya mengenai kemungkinan operasi Raqqa dijalankan terhadap kumpulan pengganas IS dan pendirian pentadbiran baharu Amerika Syarikat beliau berkata, setakat ini Turki belum memaklumkan mengenai sebarang perancangan secara rasmi.

“Bagaimanapun, melihat perkembangan terkini pentadbiran Trump kami rasa tertarik memandangkan Trump dilihat mengikuti pentadbiran terdahulu,” tambah Yildirim.

Ankara melancarkan Operasi Euphrates Shield di utara Syria pada 24 Ogos 2016 bertujuan memerangi pengganas di sempadan termasuk IS dan Kurdis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast