KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang dihalang keluar dari Pyongyang selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini.
Penerbangan terus dari Pyongyang itu yang membawa kesembilan rakyat Malaysia selamat mendarat tepat jam 5:05 pagi.
Sebaik tiba, mereka disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman manakala ahli keluarga diminta menunggu di bilik khas.
Kesemua mereka terdiri daripada Pembantu Peribadi Duta Besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3. – MalaysiaGazette