Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tempoh untuk menggemukakan borang nyata cukai pendapatan individu (BE) menerusi sistem e-Filing bagi tahun taksiran tahun 2016 sehingga 15 Mei ini.

Lanjutan tempoh selama 45 hari itu bertujuan menggalakkan pembayar cukai menggunakan kemudahan atas talian bagi mengemukakan borang masing-masing.

Tetapi individu yang mengemukakan borang BE secara manual perlu menghantar borang selewat-lewatnya pada 30 April ini.

Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi LHDN, Masrun Maslim berkata, semua pembayar cukai dinasihatkan mengemukakan borang BE mereka dengan segera.

“Jangan tunggu hingga saat akhir terutama bagi mereka yang mempunyai cukai terlebih bayar,” katanya.

Pembayar cukai yang sudah mengemukakan borang BE menerusi e-Filing akan menerima lebihan bayaran dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat borang yang diterima adalah betul dan tepat.

Bagi pembayar cukai yang mengemukakan borang secara manual, bayaran balik akan dibuat dalam masa 90 hari bekerja.

Masrun berkata, sehingga pukul 10 pagi ini, sebanyak 785,598 borang BE Tahun Taksiran 2016 sudah diterima LHDN melalui kaedah e-Filing.

“Angka ini bertambah sebanyak 41,465 berbanding 744,133 borang pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast