Rohani Karim

KUALA LUMPUR – Jika Selasa lalu, Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibentangkan, esok RUU Keganasan Rumah Tangga bagi membela nasib suami pula akan dibaca Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Rohani berkata, ramai suami yang teraniaya namun mereka memilih untuk tidak berbuat apa-apa kerana mahu menjaga air muka masing-masing.

Statistik yang diperoleh juga menunjukkan peningkatan kes keganasan rumah tangga termasuklah kes yang melibatkan suami.

“Pembentangan ini untuk memberikan keadilan setelah kami mendapat maklum balas. Maka releven untuk akta yang sudah ada dipinda,” kata Rohani.

Pindaan akta tersebut esok bukan sahaja untuk suami malahan untuk keseluruhan institusi keluarga termasuk ibu dan bapa mertua serta adik dan abang ipar.

“Penderaan bukan fizikal sahaja sebab kalau fizikal senang (untuk dibuktikan), untuk emosi sudah ada pindaan pada tahun 2012 tetapi psiko sosial.

“Kita risau sebab kes meningkat. Tapi akta sedia ada tidak mencukupi,” katanya.

Menurut Rohani, bacaan pindaan itu diharap dapat menampung kelompongan yang masih dan perbahasan kelak akan menambah baik lagi idea tersebut.

Rohani ditemui selepas merasmikan Program Kesejahteraan Emosi “Bridge To A Better Life”.

Program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita ini adalah sebahagian daripada rangka jelajah Negaraku yang menawarkan kursus motivasi.

Selain itu Rohani sempat menjengah ke Laman Wanita (LAWA).

Program di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) ini memberi peluang kepada usahawan wanita untuk menjalankan aktiviti – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast