KUALA LUMPUR – BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest) mengumumkan agihan keuntungan bagi dana ekuiti BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1, masing-masing sebanyak 7.1 peratus bagi kelas ringgit dan 6.9 peratus bagi kelas dolar Amerika Syarikat.

BIMB-Arabesque i Global Dividend Fund 1 adalah dana ekuiti ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) bagi pelbagai mata wang global patuh Syariah.

Agihan pendapatan bagi dana itu melebihi sasaran penanda aras sebanyak 6.0 peratus, kata BIMB Invest dalam kenyataannya di sini.

BIMB Invest adalah anak syarikat Bank Islam. – MalaysiaGazette