Home Dunia Trump derma gaji kepada Taman Negara

Trump derma gaji kepada Taman Negara

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menderma satu per empat gaji pertamanya kepada kepada Perkhidmatan Taman Negara.

Jurucakap White House, Sean Spicer menyerahkan cek berjumlah AS$78.333 (£62.786) kepada Setiausaha Dalam Negeri Ryan Zinke, yang menyelia taman negara dan monumen.

Trump sebelum ini berkata, beliau akan mendermakan keseluruhan gaji tahunan.

Tetapi pengkritik berkata, derma yang diberikan itu akan diserahkan kepada agensi-agensi yang akan dikurangkan bajet lebih daripada satu bilion.

Bajet yang dikemukakan Trump telah mencadangkan pengurangan sebanyak 12 peratus (AS$1.5 bilion) untuk Jabatan Dalam Negeri yang menyelia perkhidmatan Taman Negara.

Semasa kempen pilihan raya lalu, Trump telah berikrar akan mendermakan gaji tahunannya sebanyak AS$400,000, jika terpilih. – MalaysiaGazette